
Pesawat kargo Trigana Air tergelincir ketika mahu berlepas di Jakarta.
JAKARTA 20 Mac. – Sebuah pesawat kargo milik Trigana Air tergelincir ketika mahu berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Jakarta.
Jurucakap Kementerian Perhubungan Adita Irawati dalam satu kenyataan berkata tiada kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan.
“Kejadian berlaku jam 11.26 pagi waktu Indonesia Barat. Pesawat cargo Trigana Air dalam jadual penerbangan dari Halim ke Pontianak itu tergelincir dan terbabas keluar dari landasan,” kata Adita Irawati.
Semua jadual penerbangan komersial di lapangan terbang itu kini dipindahkan ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.
Menurut Adita, pesawat itu mengalami masalah teknikal dan roda depannya patah ketika mahu berlepas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
