Polis panggil Najib langgar SOP di restoran

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LUMPUR 20 Mac. – Polis akan mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tular video yang memaparkan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berada di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, Najib didapati melanggar SOP di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan tidak menjalankan imbasan suhu dan tidak mendaftar MySejahtera di restoran itu.

TANGKAP layar hantaran yang dimuat naik Najib di Facebook rasminya.

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

“Pihak polis akan memanggil kesemua yang terlibat dalam kes ini untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata kertas siasatan kemudian akan diserah kepada pejabat Pendakwa Raya sejurus siasatan selesai dijalankan.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 39 saat memaparkan Najib bersama beberapa individu hadir di sebuah restoran untuk makan tanpa membuat imbasan suhu dan mendaftar MySejahtera yang diperlukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

382
Kongsi :
Previous post Warga emas dan anak remaja dikejutkan jiran sebelum rumah hangus
Next post Hab keusahawanan di tepi Sungai Melaka bakal dibangunkan
Ubah saiz-+=