
COVID-19: 11 hari berturut-turut tiada kematian direkodkan
KUALA LUMPUR, 25 Jun — Kes jangkitan COVID-19 di negara ini terus menunjukkan perkembangan baik, dengan tiada kematian direkodkan selama 11 hari berturut-turut sejak 15 Jun.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kematian pandemik itu kekal sebanyak 121 kes atau bersamaan 1.41 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes.
“Bagi kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pula masih kekal satu digit, iaitu empat kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 8,600 kes.
“Daripada kes baharu dilaporkan, tiga kes import mendapat jangkitan di luar negara, semuanya melibatkan warga Malaysia. Satu kes penularan di dalam negara juga merupakan warga tempatan, iaitu kes saringan ‘Severe Acute Respiratory Infection’ (SARI) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya tiada penularan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara dikesan dan sehingga kini, sebanyak dua kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.
–BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...