Ketua Wanita UMNO Bahagian Rasah meninggal dunia
SEREMBAN 20 Mac. – Ketua Wanita UMNO Bahagian Rasah, Hapsah Hamid, 75, meninggal dunia di kediaman anaknya di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, dekat sini, pada jam 5 pagi tadi, selepas menghidap penyakit ketumbuhan otak sejak tiga tahun lalu.
Cucunya Faiqah Khairul Azam, 25, berkata Allahyarham mengalami deman sejak dua hari lalu dan baru sahaja menjalani pembedahan kira-kira tiga minggu lalu di sebuah hospital swasta di Damansara, Selangor.
“Nenek demam sudah dua hari…sudah tiga kali menjalani pembedahan namun masih ada tumor,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Taman Bukit Kepayang di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Said Seremban selepas Zohor.
Allahyarham meninggalkan lima orang anak iaitu tiga orang perempuan dan dua lelaki.
Hapsah adalah pejuang UMNO yang memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Rasah sejak lima penggal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
PAYA RUMPUT 26 November - 'Task force' banjir Melaka akan turun padang dan menjelajah ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...
PERDANA MENTERI SALUR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DUN PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 26 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM82,400 kepada penduduk dalam...
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU, SIMPAN DALAM PETI SEJUK
KUALA LUMPUR 26 November - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya yang...
ANWAR BERTEMU PEMIMPIN PERNIAGAAN TERKEMUKA KOREA SELATAN HARI INI
SEOUL 26 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan hari ini dengan beberapa pemimpin perniagaan terkemuka (chaebol)...