Pengurus pertubuhan Ikram didakwa bunuh rakan sekerja

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KAJANG 19 Mac. – Seorang pengurus Pertubuhan IKRAM Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan sekerja yang mayatnya ditemukan dengan kesan jerut di leher di sebuah rumah di Taman Bangi di sini, dua minggu lalu.

Hasbullah Ismail, 57, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md Sain.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

PENGURUS pertubuhan Ikram, Hasbullah Ismail, 57, didakwa bunuh rakan sekerja. Foto tangkap layar video The Star.

Mengikut pertuduhan, Hasbullah didakwa telah membunuh Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM Muda Malaysia Nik Khatijah Nik Mud, 32, di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, di sini, antara 11 malam pada 5 Mac hingga 3 pagi, 6 Mac lalu, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin manakala peguam Abdul Halem Mohamad Husin mewakili tertuduh.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada 9 Mac lalu, Bernama melaporkan pihak polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang petugas wanita badan bukan kerajaan yang ditemukan dengan kesan jerut di leher di sebuah rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1652
Kongsi :
Previous post Perbicaraan Ahmad Zahid: Pendakwaan tutup kes selepas panggi 99 saksi
Next post Katalog Perundangan Negeri Melaka dilancarkan secara rasmi
Ubah saiz-+=