PBT diarah kaji semula tahap kesuburan pokok berusia lebih 100 tahun

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 18 Mac – Tahap kesuburan pokok warisan yang berusia lebih 100 tahun perlu dipertingkatkan bagi mengatasi pokok tumbang.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan perlu menilai semula semua pokok warisan yang mempunyai nilai sejarah kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya kejadian pokok Batai Laut atau nama saintifiknya ‘Peltophorum Pterocarpum’ berusia 127 tahun rebah dalam kejadian angin kencang awal semalam, disebabkan faktor usia tumbuhan itu yang sudah tua.

PETUGAS Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah melakukan kerja-kerja pembersihan pokok besar yang tumbang. Gambar fail.

“Saya percaya ia tumbang disebabkan faktor angin dan memang sudah ‘ajal’ pokok itu rebah ke bumi.

“Bagaimanapun saya sudah minta PBT terutama pihak berkepakaran untuk melihat tahap kesuburan semua pokok yang berusia lebih 100 tahun.

“Jabatan Perhutan negeri juga diminta untuk menggunakan kepakaran mereka untuk membaja atau memberikan suntikan bagi meningkatkan tahap kesuburan pokok berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian oada sidang media pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di pejabatnya di Seri Negeri, di sini, hari ini.

Semalam, pokok jenis Batai Laut itu yang ditanam sejak era penjajahan British pada 1894 tumbang dipercayai akibat akarnya sudah tua tidak mampu bertahan.

tamat

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

557
Kongsi :
Previous post Laluan ‘fastlane’ untuk kenderaan pelancongan di Melaka
Next post Khairy Jamaluddin individu pertama di Malaysia terima suntikan Sinovac
Ubah saiz-+=