Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah kembali tahun ini
AYER KEROH 17 Mac – Kemeriahan Bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah bakal kembali tahun ini apabila Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengesahkan tapak berkenaan akan dibuka semula sepanjang Ramadan bermula 13 April depan.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, sebanyak 100 tapak bazar dijangka dibuka di kawasan itu yang akan beroperasi dari jam 3 petang sehingga 8 malam.
Jelasnya, operasi bazar itu juga akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk menyediakan laluan sehala-pintu masuk dan keluar berbeza, pendaftaran MySejahtera di pintu masuk serta mengawal had jumlah pengunjung.
“100 tapak niaga ini akan dibuka dan boleh dimohon di MBMB kepada mereka yang berminat untuk berniaga pada tahun ini.
“Kita akan memastikan setiap gerai akan mengikut jarak ditetapkan bagi memastikan keadaan tidak terlalu sesak dan padat dengan pengunjung sepanjang tempoh operasi itu nanti,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan selain Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah, pihaknya juga akan membuka lapan lagi bazar di kawasan jajaran MBMB sepanjang Ramadan nanti.
Katanya, ia termasuklah di beberapa lagi lokasi baharu seperti di Stadium Hang Jebat dan tapak parkir Mahkota Parade.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
KOTA BHARU 26 November - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari...
JBPM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN ILB KEBOMBAAN
AYER KEROH 26 November - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara rasminya tersenarai sebagai 28 agensi Badan Peneraju Industri...
RAIS SUNTIK SEMANGAT CALON SPM DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 26 November - Peruntukan berjumlah RM21,000 disalurkan Japerun Paya Rumput kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan...
‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
PAYA RUMPUT 26 November - 'Task force' banjir Melaka akan turun padang dan menjelajah ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...