Muhyiddin negatif COVID-19 pada hari keenam kuarantin di rumah
KUALA LUMPUR 16 Mac. – Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan negatif COVID-19 selepas memperoleh keputusan ujian calitan pada hari keenam beliau menjalani Perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO), hari ini.
Perdana Menteri berkata beliau menjalani HSO sebaik beliau dan delegasi tiba di Kuala Lumpur dari Abu Dhabi pada jam 9.34 malam, 11 Mac lalu, selepas melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Semalam (15 Mac) saya telah menjalani ujian swab (calitan) saringan COVID-19 hari kelima HSO setelah kembali dari lawatan rasmi di Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, hari ini, hari kuarantin yang keenam, saya telah mendapat keputusan ujian saringan tersebut dan disahkan negatif,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya.
Muhyiddin berkata beliau dan seluruh delegasi telah diberikan HSO untuk tempoh tujuh hari dan turut dipakaikan gelang pengawasan.
“Sepanjang lawatan rasmi enam hari di Arab Saudi dan UAE, saya dan delegasi telah menjalani sebanyak lima ujian swab saringan COVID-19 bagi memastikan risiko jangkitan virus tersebut ke atas saya dan delegasi sentiasa dipantau,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BAZAR AIDILFITRI JALAN HANG TUAH ‘PINDAH’ KE BAZAR IKONIK BANDA HILIR
AYER KEROH 27 November - Bazar Ramadan ikonik di Banda Hilir yang bakal menjadi satu lagi produk pelancongan baharu Melaka...
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
KOTA BHARU 26 November - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari...
JBPM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN ILB KEBOMBAAN
AYER KEROH 26 November - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara rasminya tersenarai sebagai 28 agensi Badan Peneraju Industri...
RAIS SUNTIK SEMANGAT CALON SPM DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 26 November - Peruntukan berjumlah RM21,000 disalurkan Japerun Paya Rumput kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan...
‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
PAYA RUMPUT 26 November - 'Task force' banjir Melaka akan turun padang dan menjelajah ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...