Kes COVID-19 di Melaka kekal satu angka sejak Sabtu

Masa Membaca:37 Saat

AYER KEROH 15 Mac. – Melaka merekodkan kes baharu COVID-19 satu angka tiga hari berturut-turut, sekali gus memberi petanda baik mengembalikan negeri ini kepada zon hijau.

Menurut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri, dua kes direkodkan hari ini berbanding empat kes semalam, manakala dua kes direkodkan pada Sabtu lalu.

“Dua kes positif hari ini membabitkan hasil saringan di tempat kerja manakala satu lagi membabitkan hasil saringan terhadap banduan daripada Kluster Telok Mas,” kata kenyataan itu.

Berdasarkan kenyataan itu, setakat hari ini seramai 131 pesakit COVID-19 masih dirawat di Hospital Melaka.

Dalam pada itu, JKN turut mengingatkan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengemas kini aplikasi MySejahtera dari semasa ke semasa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

424
Kongsi :
Previous post ‘Saya tak tahu, saya tak ada’
Next post Lapan politeknik guna aplikasi PolyCcDec kesan pelajar berisiko tinggi COVID-19
Ubah saiz-+=