
MUFC mesti menang malam ini! – KM
LENDU 13 Mac – Melaka menaruhkan harapan tinggi bagi perlawanan ketiga aksi Liga Super 2021 buat Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC) menentang Sri Pahang FC di laman sendiri malam ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, harapan itu ditagih negeri ini selepas mencatat seri dalam dua perlawanan sebelum ini.
“Kali ini kita di ‘homeground’, kita mesti menang, dulu kita seri kali tapi malam ni kita mesti menang.
“Perkara ini seiring dengan hasrat utama persatuan untuk mendaki tangga terbaik liga musim ini.
“Pemain perlu menunjukkan persembahan terbaik malam ini bagi menambah mata sekaligus memberi kemenangan pertama buat pasukan,”katanya ketika ditemui pemberita pada Program Lawatan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu hari ini.
Malam ini, MUFC akan bertemu Sri Pahang FC di Stadium Krubong dijadualkan bermula pada jam 9 malam.
Rabu lalu, MUFC mencatat keputusan seri kedua berturut-turut musim ini selepas terikat 2-2 dengan Kelab Bolasepak Petaling Jaya City (PJ City FC) di Stadium MBPJ Petaling Jaya.
Sebelum itu dalam aksi sulung Liga Super menentang Sabah FC 7 Mac lalu, skuad Hang Tuah itu turut mencatat keputusan seri 1-1.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...