Sorting by

×

Xavier keluar parti serta-merta

Masa Membaca:57 Saat

SHAH ALAM, 13 Mac – Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta sebagai Naib Presiden dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Xavier berkata susulan apa yang berlaku pada tahun lepas dan beliau amat kecewa.

Beliau berkata terdapat parti-parti yang membincangkan mengenai kemungkinan pilihan raya walaupun ini tidak perlu atau dapat dilaksanakan pada masa ini.

“Keutamaan kita sekarang ini adalah untuk menyokong kerajaan dalam mengekang pandemik COVID-19, mewujudkan pekerjaan serta mendapatkan dana untuk membangun semula ekonomi.

“Perlu sekurang-kurangnya 18 bulan untuk menyelesaikan program vaksinasi dan lebih dua tahun untuk ekonomi pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di akaun Twitter rasminya.

Beliau berkata usaha kerajaan itu memerlukan sokongan bipartisan bagi memastikannya dapat dilaksanakan dengan jaya.

“Rakyat mahukan kestabilan untuk memulakan semula sektor ekonomi kita yang teruk. Oleh itu, kita perlu bekerjasama, bukan melawan antara satu sama lain,” katanya.

Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu juga berkata beliau akan berkhidmat di kawasannya dan menyokong kerajaan sebagai Anggota Parlimen Bebas.

“Saya yakin dapat menunaikan janji pilihan raya saya kepada rakyat Kuala Langat,” tambahnya.-BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

308
Kongsi :
Previous post ‘Gerobok Rezeki’ dilancarkan, sasar bantu golongan memerlukan
Next post Melaka rancang jalinan antara negeri tingkat acara kebudayaan
Ubah saiz-+=