Sorting by

×

Projek pengindahan jejambat MITC siap hujung bulan ini

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 12 Mac – Projek pengindahan di bawah jejambat di persimpangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) menerusi Rancangan Kawasan Khas Ayer Keroh 2020-2025 di sini dijangka siap sepenuhnya hujung bulan ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman berkata, setakat ini kerja-kerja pengindahan sudah mencapai 95 peratus.

SHADAN…kerja-kerja pengindahan di bawah jejambat MITC sudah mencapai 95 peratus.

“Projek pengindahan bawah jejambat MITC ini hampir siap 95 peratus, cuma kita tinggal bekalan elektrik sahaja untuk menyalakan lampu pada waktu malam.

“Kerja lain dah hampir siap, cuma bahagian penyelenggaraan kerja dia panjang sebab kena pastikan pokok yang ditanam betul-betul hidup selepas tiga ke empat bulan,” katanya ketika dihubungi MHI.

Katanya, projek pengindahan bukan sahaja tertumpu di bawah jejambat MITC, malah di bulatan MITC serta bulatan hadapan Kompleks Seri Negeri.

“Kos mengindahkan ketiga-tiga kawasan ini melibatkan jumlah RM500,000 yang diperuntukkan pihak kami sendiri.

“Tujuannya bagi meningkatkan kemajuan bandar dan pelancongan supaya pengunjung merasa santai dan gembira semasa memasuki kawasan Ayer Keroh dari jalan Tol Ayer Keroh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

966
Kongsi :
Previous post ITBM lantik Sakri Abdullah sebagai pengarah urusan/CEO
Next post Lelaki ditahan bantu siasatan penganggur dibakar
Ubah saiz-+=