Sorting by

×

73 rumah atas air di Pulau Gaya terbakar, lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal

Masa Membaca:56 Saat

KOTA KINABALU 12 Mac.- Lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal selepas 73 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini, kira-kira jam 8 malam tadi, lapor Berita Harian.

Dipercayai kebakaran bermula dari sebuah rumah dan berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain menyebabkan api merebak dengan cepat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan jam 8.23 malam, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Lintas dan Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan bot.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, api marak dan operasi memadam kebakaran terus dijalankan.

“Api berjaya dikawal jam 10.16 malam tadi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya kepada Berita Harian.

Tiga pusat penempatan sementara (PPS) dibuka setakat ini iaitu di Sembulan, Likas dan juga Damai bagi menempatkan mangsa kebakaran selain difahamkan ada antara yang terjejas sudah keluar dari pulau dan diambil keluarga masing-masing.

Terdahulu beberapa gambar serta video kejadian itu tular dan dikongsi netizen di laman sosial memaparkan keadaan api yang marak itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

825
Kongsi :
Previous post Stadium Sultan Ibrahim raih Anugerah Stadium Terbaik 2020
Next post Azeez Rahim gagal batal 13 pertuduhan rasuah, ubah wang haram
Ubah saiz-+=