
Wanita gagal bunuh diri
KUALA LUMPUR 11 Mac. – Seorang wanita diselamatkan anggota bomba ketika cuba membunuh diri dengan berdiri di atas bumbung jejantas Stesen Monorail Jalan Maharajalela di sini, jam 8.57 pagi tadi, lapor Harian Metro.
Wanita tempatan berusia 39 tahun itu dilaporkan turut meletakkan pisau di lehernya namun berjaya diselamatkan tanpa mengalami kecederaan.
Menurut laporan itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah serta Pudu dengan kekuatan 23 anggota digegaskan ke lokasi.
Komander Operasi Kanan Wan Hamizan Kamaruddin dalam satu kenyataan memaklumkan wanita itu berdiri di atas bumbung jejantas dianggarkan pada ketinggian kira-kira 9 meter.
“Wanita itu memegang sebilah pisau dan meletakkannya di bahagian leher bertujuan untuk mengahalang pasukan penyelamat menghampirinya.
“Hasil tindakan pantas anggota berjaya menghalang dan menahannya daripada cubaan bunuh diri pada 9.28 pagi,” katanya memaklumkan wanita itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...