Rugi RM150,000 terpajak kebun durian ‘palsu’

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 11 Mac – Seorang pekebun dari Jementah Segamat, Johor rugi RM150,000 apabila terpedaya dengan tawaran untuk memajak sebuah kebun durian seluas 2.63 hektar di Tiang 2, Ayer Molek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka Superintendan E Sundra Rajan berkata, mangsa melihat tawaran berkenaan di media sosial pada Oktober tahun lalu dan telah dibawa melihat kawasan tanah oleh seorang suspek sebelum bersetuju untuk memajak kebun berkenaan selama lima tahun dengan nilai pajakan berjumlah RM150,000.

Menurutnya, mangsa kemudiannya telah dibawa ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Panjang, Melaka untuk menandatangani surat perjanjian dan telah membuat bayaran secara tunai kepada suspek.

Bagaimanapun, ujarnya, kelmarin, mangsa telah dihubungi abangnya yang tinggal di Melaka memaklumkan bahawa dia telah ditipu daripada pajakan tanah terbabit yang sebenarnya milik orang lain.

“Menyedari telah ditipu, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Banda Hilir, pada semalam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan di atas kesalahan menipu,” ujarnya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan sebarang tawaran pajakan tanah yang diiklankan di media sosial.

“Orang ramai juga dinasihati supaya membuat semakan ke atas nombor telefon yang meragukan menerusi laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

464
Kongsi :
Previous post Institusi kewangan Islam, cendiakawan syariah berperanan penting dalam pemulihan COVID-19
Next post Lelaki maut langgar lembu lintas jalan
Ubah saiz-+=