
PM seru umat Islam hayati peristiwa Israk dan Mikraj
KUALA LUMPUR 11 Mac. – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh umat Islam negara ini menghayati peristiwa Israk dan Mikraj walaupun sambutan pada tahun ini dalam suasana norma baharu susulan situasi COVID-19.
“Salam Israk Mikraj 1442H /2021M. Pada setiap 27 Rejab, umat Islam biasanya akan meraikan sambutan ini dengan pelbagai acara seperti ceramah, forum perdana, tazkirah dan sebagainya.
“Situasi semasa COVID-19 menyaksikan sambutan ini terpaksa diraikan dalam suasana norma baharu dan bersederhana. Namun, saya percaya peristiwa besar perjalanan penuh mukjizat Rasulullah SAW ini dapat dihayati sebaik-baiknya oleh seluruh umat,” katanya dalam hantaran terbaharu di laman Facebooknya semalam.
Perdana Menteri berharap penghayatan terhadap peristiwa itu mampu menjadikan umat Islam sebagai manusia yang sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Peristiwa Israk dan Mikraj yang akan disambut hari ini adalah peristiwa memuktamadkan kewajiban melaksanakan solat lima waktu bagi umat Islam selain Nabi Muhammad SAW dapat menyaksikan sendiri kebesaran Allah SWT.
Ia berlaku setahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah yang kemudiannya menjadi model pengurusan pentadbiran Islam yang berjaya dalam perkembangan dakwah dan hubungan harmoni pelbagai agama.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BENTANG 10 RESOLUSI TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Disember - Sebanyak 10 resolusi dalam memeta hala tuju pendidikan negara akan dibawa Kerajaan Negeri menerusi penganjuran...
INISIATIF DIGITAL MELAKA BERPOTENSI DIKETENGAHKAN DI PERINGKAT GLOBAL
AYER KEROH 12 Disember - Usaha pendigitalan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa, sekali gus...
RM310 JUTA UNTUK BANDAR PINTAR MELAKA, FASA PERTAMA BERMULA TAHUN DEPAN
AYER KEROH 12 Disember - Pelaksanaan inisiatif bandar pintar di Melaka yang melibatkan peruntukan sebanyak RM310 juta daripada Suruhanjaya Komunikasi...
KEMPEN INTERNET SELAMAT 2.0 FOKUS DIDIK IBU BAPA KESELAMATAN DIGITAL
AYER KEROH 12 Disember - Kerajaan komited meneruskan Kempen Keselamatan Internet (KIS) 2.0 pada tahun hadapan dengan memfokuskan pendidikan literasi...
MELAKA SAMBUT BAIK CADANGAN WUJUDKAN WILAYAH METROPOLIS
SERI NEGERI 5 Disember - Kerajaan Negeri menyokong dan menyambut baik cadangan mewujudkan Wilayah Metropolis atau Inisiatif Wilayah Tengah, melibatkan...
MONSUN TIMUR LAUT: 145 LOKASI INFRASTRUKTUR AWAM TERJEJAS
AYER KEROH 30 November — Sebanyak 145 lokasi infrastruktur awam terjejas dikenal pasti di seluruh negara sejak Monsun Timur Laut...
