
195,923 individu divaksin setakat semalam- Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR 10 Mac. – Seramai 195,923 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah divaksin setakat semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, menurut laporan harian pemberian dos satu vaksin mengikut negeri, Sarawak merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan 27,500 individu, diikuti Selangor (19,251), Kuala Lumpur (16,887) dan Pahang (16,342).
“Sabah seramai 16,245 orang; Perak (15,881); Johor (15,843); Kelantan (14,185); Kedah (11,638); Terengganu (11,261) dan Negeri Sembilan (8,385).
“Di Pulau Pinang pula 7,781 orang mendapatkan vaksinasi, Melaka (5,365); Perlis (4,158); Putrajaya (2,941) dan Labuan (2,260),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di Twitter dan Facebooknya, hari ini.
Pada 24 Februari lalu, program imunisasi itu dilancarkan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham menjadi antara individu terawal menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, jenis Pfizer-BioNTech.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

