
Pulau Langkawi tukar status PKPP berkuat kuasa esok
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu selepas mesyuarat teknikal mendengar cadangan dari Negeri kedah mengenai status Pulau Langkawi.
“Setelah membuat penilaian risiko dan nasihat daripada Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM), mesyuarat bersetuju menukar status Pulau Langkawi dari PKPB ke PKPP.
“Sekarang ini Pulau Langkawi dalam PKPB kerana Kedah masih PKPB, tetapi kerana Langkawi sebuah pulau maka PKPB di Langkawi ditukarkan kepada PKPP berkuat kuasa esok,” katanya dalam sidang media khas, hari ini.
Jelasnya, ia juga memandangkan Pulau Langkawi telah menjadi zon hijau yang mana kes terakhir direkodkan pada 20 Februari lalu sebanyak dua kes.
“Dan kerana Pulau Langkawi adalah pulau pelancongan, jadi kebenaran Gelembung Pergerakan Pelancongan Domestik Terkawal juga terpakai untuk Pulau Langkawi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...
WARGA EMAS MAUT, RAKAN PATAH PAHA MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA
RIM 22 April - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di...
TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
MERLIMAU 23 April - Tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Jalan Melimau - Jasin, malam...
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...