Sorting by

×

Berusaha, berdoa serta bertawakal- Radzi

Masa Membaca:56 Saat

PUTRAJAYA: Berikhtiar dan berusaha, berdoa serta bertawakal. Itu nasihat diberikan Menteri Kanan (Pendidikan), Senator Datuk Dr Radzi Jidin kepada calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang akan menduduki peperiksaan itu bermula hari ini.

Membahasakan dirinya ‘pak cik’ Radzi turut mendoakan semua calon STPM seluruh negara menduduki peperiksaan itu dengan lancar.

“Tentunya anak-anak telah membuat persediaan yang terbaik mengambil kira pelbagai cabaran dan kekangan yang ditempuhi sepanjang tempoh sukar setahun lalu.

“Kini, susuli segala usaha ini dengan berdoa dan bertawakal. Tenang, fokus dan yakinlah bahawa anak-anak telah berusaha sebaik mungkin.

“Berikhtiar dan berusaha, berdoa serta bertawakal. Pak cik yakin anak-anak boleh melakukannya,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Radzi turut mengingatkan semua calon juga diingatkan sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Katanya, peperiksaan hari ini akan bermula dengan STPM Ulangan Semester 2 2020.

“Ini diikuti STPM Ulangan Semester 1 2020 dan STPM Semester 1 2021 bermula 16 Mac 2021.

“Manakala, bagi calon yang menduduki STPM Semester 3 2020, peperiksaan akan bermula 5 April 2021,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

881
Kongsi :
Previous post KSN ucap Selamat Hari Wanita Sedunia buat wanita dan penjawat awam
Next post PSMJ 2035 bakal jadi dokumen ‘hidup’ rujukan pemimpin akan datang
Ubah saiz-+=