
Ahli Parlimen UMNO, BN diminta sokong PN sehingga Parlimen bubar
PONTIAN 6 Mac. – Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah diminta untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata sokongan itu penting untuk memastikan kerajaan sedia ada dapat melakukan yang terbaik dalam usaha untuk mengekang pandemik COVID-19.
“Kerajaan sekarang adalah kerajaan campuran, ia bukan hanya kerajaan PN tetapi juga kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)…. sehingga pembubaran (Parlimen), kami masih bersama dalam kerajaan campuran ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan vaksinasi COVID-19 di Klinik Kesihatan Pontian, di sini, hari ini.
Turut menerima suntikan vaksin itu adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang Muhammad Taqiuddin Che Man.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...