
Penjawat awam Melaka perlu jadi ejen perubahan
AYER KEROH 23 Jun – Penjawat awam di negeri ini perlulah bertindak sebagai ejen perubahan dalam membantu masyarakat menewaskan penularan pandemik Covid-19.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, selain mendukung inspirasi kerajaan, penjawat awam negeri juga perlu bertindak menjadi suri teladan kepada rakyat negeri Melaka khususnya dalam membudayakan amalan norma baharu.
“Saya berharap agar ketua-Ketua Jabatan dapat memastikan semua kakitangan di bawah seliaan anda memainkan peranan dan fungsi masing-masing dengan lebih bertanggungjawab dan berintegriti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Penjawat Awam Kerajaan Negeri Melaka Bulan Jun 2020 menerusi sidang video secara langsung di Facebook rasminya hari ini.
Pada masa sama, Sulaiman turut mengingatkan semua agar tidak leka walaupun negara sudah memberi banyak kelonggaran dalam sektor tertentu untuk kembali beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Kita mesti ingat bahawa peperangan terhadap wabak ini masih belum berakhir. Justeru itu, anda semua perlu terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan selain mempraktikkan amalan norma baharu dalam kehidupan,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...