Setahun PN Melaka: Kekal fokus misi ‘Menuju Negeri Lestari’
AYER KEROH 4 Mac. – Misi ‘Menuju Negeri Lestari’ di bawah Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 akan terus menjadi menjadi fokus utama kerajaan negeri selepas setahun mentadbir negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, perkara itu akan menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) kerajaan negeri bagi mencapai wawasan terbabit dalam langkah melestarikan pembangunan Melaka.
“Menjelang setahun pemerintahan kerajaan negeri kita akan terus membuka langkah bagi menjadikan negeri ini mencapai apa yang dirancangkan.
“Kita mahukan sokongan rakyat agar usaha yang direncanakan ini mampu dilaksanakan dengan lebih baik bagi mencapai dasar-dasar yang memberi manfaat jelas kepada rakyat.
“Dalam tempoh setahun ini juga terima kasih kepada rakyat Melaka termasuk rangsangan dan dorongan dari penjawat awam negeri yang memberikan kerjasama bagi bersama mentadbir negeri ini agar mencapai apa yang difokuskan,”katanya.
Beliau berkata demikian pada Bicara Ketua Menteri disiarkan di MelakaFm, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...