Pelajar dari keluarga B40 terima bantuan cermin mata

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 3 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Eyecon Optometry Network memperuntukkan RM15,000 bagi menaja bantuan cermin mata kepada 100 pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga B40, baru-baru ini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, setiap pelajar menerima satu set cermin mata bernilai RM100 selain khidmat bengkel penjagaan mata, pemeriksaan susulan dan pemantauan tahap perkembangan pelajaran melalui Syarikat Eyecon Optometry Networks.

“Pemilihan pelajar dibuat Jabatan Pendidikan Negeri dan mereka yang terpilih telah hadir ke Kedai Eyecon Optometery Jalan Ayer Keroh – Tun Razak untuk membuat pemeriksaan mata.

“MBMB dan Eyecon Optometry Networks melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Murphy Chan Hian Kee, masing-masing menyumbang RM7,500 bagi bantuan ini,” katanya kepada MHI.

ZAINAL…berharap program bantuan itu dapat diperluaskan dan disertai rakan strategik yang lain.

Zainal berharap program sebegitu dapat diperluaskan dan disertai rakan strategik yang lain bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Sekiranya syarikat korporat mahupun pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai konsep serta idea untuk menyebarluaskan usaha murni seumpama ini, mereka dialu-alukan.

“Mereka boleh hubungi Jabatan Pembangunan Korporat dan Komuniti MBMB untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) supaya lebih ramai yang akan menerima manfaat,” katanya lagi.

ends…

cermin mata 1- PELAJAR terpilih menerima sumbangan cermin mata pada Program Jom Ke Sekolah Tahun 2021, MBMB dengan kerjasama Syarikat Eyecon Optometry Networks.

cermin mata 2- ZAINA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3095
Kongsi :
Previous post Perintah pemakaian peranti pengesanan antara peruntukan baharu Ordinan Darurat
Next post Alahai!… sampai terlelap tunggu pelanggan singgah membeli
Ubah saiz-+=