Lelaki parah jatuh ke dalam perut kapal

Masa Membaca:40 Saat

TANJUNG KLING 2 Mac – Lelaki berusia 35 tahun parah selepas terjatuh ke dalam perut kapal sedalam 30 meter dalam kejadian di Tanjung Bruas, di sini semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Mohamed Azuani Mat Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12.50 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba anggota bomba mendapati mangsa terjatuh ke dalam perut kapal ketika melakukan kerja-kerja menurunkan kontena.

“Tiga anggota bomba turun menggunakan tangga kapal berkenaan sebelum menaikkan mangsa menggunakan ‘bucket strecher’ dan ‘webbing’ yang ditarik menggunakan kren,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa kemudian diserahkan kepada petugas kesihatan Klinik Kesihatan Bukit Rambai untuk dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

719
Kongsi :
Previous post Ops Duri 2.0: Peniaga ‘raja buah’ dipantau
Next post ‘Drive Thru’ daftar pelajar baharu
Ubah saiz-+=