Surau SMK Pernu dijangka siap April depan
TELOK MAS 2 Mac – Pembinaan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pernu yang dijangka siap April depan, mampu menempatkan 700 pelajar pada satu-satu masa.
Pengetuanya, Jasmi Husin berkata, pembinaan surau sejak September 2019 itu menelan kos kira-kira RM800,000.
“Alhamdulillah hasil sumbangan orang ramai kita dapat membina surau baharu ini.
“Setakat ini pembinaan surau sudah 90 peratus siap, kita jangkakan majlis penyerahan surau pada 1 April depan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Baru-baru ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan) Pendidikan Pengajian Tinggi Teknikal & Vokasional Sains dan Inovasi negeri, Datuk Noor Effandi Ahmad telah mengadakan lawatan tapak di surau berkenaan.
Pada lawatan itu, Noor Effandi berkata, nilai RM800,000 yang seakan sukar direalisasikan itu akhirnya direalisasikan berkat keyakinan pentadbir sekolah dan sokongan pelbagai pihak.
“Tiada yang mustahil selagi kita percaya kepada Tuhan, doa dan usaha yang tidak berpenamat adalah rahsia terbuka untuk meraih kejayaan,” katanya.
Hadir sama pada lawatan itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SMK Pernu, Shahrulnizam Musa.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...