Sorting by

×

7,000 anggota bomba didaftar dalam fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Masa Membaca:42 Saat

PUTRAJAYA 2 Mac. – Seramai 7,000 petugas barisan hadapan dalam kalangan anggota bomba telah didaftarkan untuk menerima vaksin dalam Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.

Katanya program vaksinasi untuk petugas barisan hadapan bomba akan dijalankan secara berperingkat bermula Jumaat ini, dengan beliau serta Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Datuk Seri Muhammad Hamdan Wahid akan menerima suntikan vaksin itu pada hari berkenaan.

Beliau yang ditemui media selepas merasmikan Hari Landskap Negara 2021, di sini, hari ini berkata ketika ini terdapat kira-kira 14,000 anggota bomba di seluruh negara.

Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertemakan ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ dalam tiga fasa bermula 24 Februari lalu untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin COVID-19 menjelang Februari 2022.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

276
Kongsi :
Previous post 1,037 terima suntikan vaksin COVID-19 hari ini
Next post Dua beradik warga Syria didakwa sogok imigresen RM10,000
Ubah saiz-+=