Sorting by

×

Beri ‘Abah’ masa perangi COVID-19 dan pulihkan ekonomi negara

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 1 Mac. – Rakyat perlu memberi masa kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memulihkan negara yang masih ‘berperang’ memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, kepimpinan kerajaan masih bertungkus-lumus memerangi pandemik itu dengan pelbagai inisiatif diambil bagi menjana semula ekonomi yang terjejas sejak hampir setahun lalu.

“Berikan sedikit masa lagi untuk beliau (perdana menteri) pulihkan apa yang berlaku ini kerana keprihatinan kerajaan hari ini telah banyak menyentuh pelbagai perkara untuk membantu rakyat yang terkesan disebabkan pengucupan ekonomi yang melanda.

“Kerajaan negeri berpuas hati dengan apa yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh setahun ini dan kita harap agar rakyat berikan masa di bawah pimpinan beliau. Insya-Allah jika pandemik ini mengalami penurunan saya yakin demi kestabilan politik beliau akan menunaikan apa yang diperlukan seperti yang dimaklumkan.

“Bila tiba waktunya, beliau sendiri akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memulangkan semula (pembubaran Parlimen) kepada rakyat untuk memilih atau mengekalkan kerajaan yang lebih baik pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengikuti Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin oleh Perdana Menteri yang disiarkan secara maya di Auditorium Seri Negeri, di sini hari. ini.

Dalam pada itu, menurutnya, bagi menyokong dasar Pendigitalan Negara, kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis Digital Negeri bagi memperkasa pendigitalan inovasi dan pengetahuan di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri telah mengenalpasti beberapa langkah bagi melaksanakan inisiatif terbabit di negeri ini agar memastikan liputan pendigitalan yang luas dan mampan di Melaka.

“Kita akan pastikan semua liputan yang mudah di Melaka agar kita tidak ketinggalan dan menikmati kemudahan seperti negeri lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

353
Kongsi :
Previous post Aeroangkasa, pertanian pintar antara industri berpotensi tinggi RMK12
Next post Murid Tahun 1 teruja kembali ke sekolah
Ubah saiz-+=