Kakitangan awam Melaka saksikan amanat Perdana Menteri

Masa Membaca:34 Saat
AYER KEROH 1 Mac. – Kira-kira 100 kakitangan awam menyaksikan sesi Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diadakan secara atas talian di Auditorium Seri Negeri, sebentar tadi.
Program dimulakan dengan ketibaan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali sekitar jam 9.30 pagi dengan disambut barisan  EXCO Kerajaan Negeri serta tetamu lain.

Amanat disampaikan menerusi aplikasi Google Meet disertai oleh pimpinan tertinggi seluruh negara telah dimulakan sekitar jam 9.40 pagi tadi dengan nyanyian lagu Negaraku diadakan secara maya.

Program diadakan itu terus dimulakan dengan ucapan Perdana Menteri disaksikan kesemua tetamu yang hadir.

Berita selanjut menyusul

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

576
Kongsi :
Previous post Polis tempatkan 238 PPS di semua sekolah rendah di Melaka
Next post Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat Malaysia ke-88
Ubah saiz-+=