
Seorang tahanan lokap Balai Polis Banda Hilir positif Covid-19
BEMBAN 22 Jun – Seorang lelaki berusia 50 tahun yang ditahan di lokap Balai Polis Banda Hilir dekat sini disahkan positif Covid-19 hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Rahmad Mariman berkata lelaki berkenaan telah menjalani ujian calitan di Hospital Melaka kelmarin sebelum ditempatkan di lokap berkenaan.
“Memang benar berlaku satu kes positif Covid-19 di lokap Balai Polis Banda Hilir.
“Untuk makluman juga semua OKT atau orang kena tangkap sebelum direman perlu menjalani saringan Covid-19 terlebih dahulu. Jadi dalam menjalankan saringan itu, kita menemui satu kes positif,” katanya selepas lawatan kerja dan ‘soft launch’ sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Negeri Melaka di Taman Maju, di sini hari ini.
Difahamkan, suspek terbabit dipercayai ditahan di lokap berkenaan akibat kes penyalahgunaan dadah dan berkongsi sel bersama 11 tahanan lain.
Rahmad berkata berikutan itu, anggota polis yang bertugas di balai polis berkenaan turut menjalani ujian calitan pengesanan Covid-19 bermula semalam dan hari ini.
“Semua tahanan di lokap dan 48 anggota polis balai berkenaan telah pun menjalani saringan kesihatan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...