Sorting by

×

PPSM bakal bina ‘Pit Stop Cruise’ di Sungai Melaka.

Masa Membaca:53 Saat

PENGKALAN RAMA 28 Feb. – Sejumlah RM400,000 diperuntukkan bagi pembinaan empat ‘pit stop’ atau jeti baharu Melaka River Cruise (MRC) serta menaik taraf satu jeti sedia ada dalam fasa satu Sungai Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin berkata, peruntukan itu diperolehi menerusi kutipan caj warisan pelancongan dalam memberi keselesaan dan menjamin keselamatan pengunjung.

“Jeti ini diwujudkan sebagai stesen produk pelancongn baharu MRC iaitu ‘pit stop cruise’ dengan penyediaan tiga bot khas.

“Pengunjung boleh gunakan perkhidmatan ini selama sehari dari stesen ke stesen lain menerusi pembelian ‘one day ticket’,” katanya kepada pemberita selepas Program Gotong-Royong Bulanan PPSPM, hari ini

Beliau berkata, 14 jeti akan diwujudkan di bawah fasa satu MRC dan setakat ini terdapat lapan jeti sedia ada.

“Jeti sedia ada melibatkan lokasi tertentu antaranya di Kampung Hulu, Kampung Morten serta The Shore.

“Jeti baharu ini akan dilancarkan awal Mac ini dan ia adalah usaha PPSPM untuk meningkatkan kualiti produk pelancongan Melaka kerana MRC antara ikon pelancongan negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1237
Kongsi :
Previous post Kapal persiaran hampir karam di Langkawi, empat kru selamat
Next post Kandang terbakar: 25 ekor kambing rentung
Ubah saiz-+=