
Empat pemancing, tekong terkandas bot rosak, diselamatkan APMM
KUALA TERENGGANU 26 Feb. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menyelamatkan empat pemancing dan seorang tekong yang terkandas akibat kerosakan enjin bot, pada jarak 15 batu nautika dari Pulau Redang petang, semalam.
Pengarahnya Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata sejurus maklumat diterima, bot Penggalang 17 milik APMM Terengganu yang berada di kawasan berhampiran telah diatur gerak ke lokasi kejadian.
“Kesemua pemancing dan tekong yang juga warga tempatan berusia lingkungan 32 hingga 47 tahun berjaya diselamatkan kira-kira 5.45 petang dan mereka dipindahkan ke atas bot Penggalang 17 manakala bot mereka ditunda ke jeti Pulau Redang untuk dibaiki,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu beliau berkata APMM sentiasa bersiap sedia memberikan perkhidmatan dan bantuan kecemasan kepada masyarakat terutamanya komuniti laut dan agensi-agensi kerajaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau bencana di laut.
Muhammad Suffi turut meminta masyarakat untuk melaporkan sebarang maklumat dan salah laku di perairan negara dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 09-6224 357.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...