Sorting by

×

Kompaun RM3.88 juta

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 Feb. – Sejumlah RM3.88 juta kompaun dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula Mac tahun lalu sehingga kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, nilai dikeluarkan itu membabitkan kesalahan yang dikesan dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurutnya sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 18,350 premis diperiksa dengan 389 notis amaran dan 3,880 kompaun dikeluarkan JKN.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan Ketua Pengarah Kesihatan antaranya membenarkan makan di premis, tiada saringan suhu dan gejala, tidak menggunakan aplikasi MySejahtera serta buku daftar pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Operasi Khas Penguatkuasaan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ismail Ali, di Jalan Hang Tuah, di sini.

Mengulas lanjut beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan RM3,880,000 nilai kompaun yang dikeluarkan, sebanyak RM1,788,350 sudah dibayar membabitkan 1,959 kompaun.

“Sehingga kini sebanyak 265 kertas siasatan sudah dikemukakan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk pendakwaan manakala 16 kes sudah dijatuhi hukuman termasuk seorang dikenakan hukuman penjara kerana gagal membayar denda.

“Bagaimanapun dalam operasi khas yang kita jalankan hari ini hampir kesemua pengusaha premis didapati mengikuti SOP yang ditetapkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

393
Kongsi :
Previous post COVID-19: Penghadang lutsinar di mahkamah Lembah Klang mulai 1 April
Next post PTPN dirangka untuk lengkapkan Dasar Perpaduan Negara
Ubah saiz-+=