Sorting by

×

Polis ambil keterangan Aziz Bari

Masa Membaca:50 Saat

IPOH 24 Feb. – Polis selesai mengambil keterangan Timbalan Pengerusi DAP Perak Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan mengenai isu darurat dan Yang di-Pertuan Agong yang disiarkan secara langsung di laman Facebooknya pada bulan lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya mengambil keterangan Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi selama lebih sejam di Balai Polis Lahat di sini bermula 11.45 pagi tadi.

“Rakaman percakapan Dr Abdul Aziz diambil bermula jam 11.45 pagi hingga 1 tengah hari tadi bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Difahamkan, siasatan dijalankan susulan terdapat laporan polis dibuat terhadap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu berhubung kenyataan dikeluarkannya menerusi siaran langsung di facebooknya berkaitan darurat dan Yang di-Pertuan Agong.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

833
Kongsi :
Previous post Melaka catat 26 kes baharu COVID-19 hari ini
Next post Lebih setengah juta rakyat Malaysia daftar untuk vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=