8,190 dos vaksin COVID-19 selamat ‘mendarat’ di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BANDARAYA MELAKA 24 Feb. – Sebanyak 8,190 dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech selamat tiba di Hospital Melaka pada jam 11.55 pagi tadi.

Vaksin tersebut dibawa dengan sebuah van penyimpanan khas milik syarikat logistik melalui jalan darat yang turut diiringi petugas keselamatan yang terdiri daripada anggota polis.

Difahamkan, perjalanan vaksin tersebut bermula dari Subang pada jam 10 pagi dan melalui Lebuh Raya Utara Selatan sebelum keluar di susur Plaza Tol Ayer Keroh pada jam 11.45 pagi tadi.

Van membawa bekalan vaksin COVID-19 selamat tiba di Hospital Melaka jam 11.55 pagi tadiVan berkenaan kemudiannya melalui Lebuh Ayer Keroh untuk ke Hospital Melaka.

Ketibaan vaksin itu disambut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Datuk Rahmad Mariman.

Petugas media yang menunggu sejak pagi bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki hospital berkenaan dan hanya dapat menunggu di luar pekarangan hospital.

Melaka merupakan antara lima negeri yang menaran bekalan dos vaksin COVID-19 hari ini, termasuk Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Perlis.

Anggota keselamatan mengawal ketat konvoi kenderaan yang membawa vaksin COVID-19. Foto: MR. AZLI

Untuk rekod, vaksin yang tiba di Melaka pada hari ini merupakan dos yang akan diagihkan bagi fasa 1 Pelan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Bagi fasa 1 ini, ia akan melibatkan seramai 11,000 petugas barisan hadapan, termasuk wakil rakyat di negeri ini yang dijangka akan bermula pada minggu pertama Mac.

Secara keseluruhan, Melaka bakal menerima sejumlah 660,000 dos vaksin yang akan diagihkan secara berperingkat dalam tiga fasa bermula bulan ini hingga Februari 2022.

Views:

364
Kongsi :
Previous post Agihan bekalan vaksin berperingkat ikut keperluan setiap PPV
Next post Hubungan Malaysia-Jepun strategik dan bernilai tinggi kata Duta Jepun
Ubah saiz-+=