MU bebas Covid-19
Masa Membaca:30 Saat
SKUAD Melaka United (MU) dilaporkan bebas sepenuhnya dari pandemik Covid-19, jelas jurucakap pasukan pada Sabtu.
Sehubungan itu jelasnya, latihan pasukan dijangka bermula dalam masa terdekat.
“Kesemua barisan pemain dan pegawai kejurulatihan MU dilaporkan negatif dari sebarang jangkitan Covid-19 buat masa ini.
“Keputusannya telah kita terima pada 19 Jun lalu (Jumaat),” katanya.
Pada 16 Jun lalu, selepas tiga bulan tanpa sebarang aksi kompetitif Liga Malaysia, MU telah menjalani ujian calitan Covid-19 di Stadium Hang Jebat yang diketuai doktor pasukan, Dr Adeeban Ayakandoo.
Turut hadir ketika itu, Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Haji Sulaiman Md. Ali.
Views:
381