Simulasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berjaya-Dr Adham

Masa Membaca:57 Saat

PUTRAJAYA: Simulasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berlangsung dengan jayanya di bangunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi.

Program itu disertai oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Menurut Dr Adham, simulasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) itu diadakan bertujuan untuk menguji proses kerja pelaksanaan pemberian vaksin dilaksanakan mengikut tatacara ditetapkan.

Katanya, ia juga memberi pengalaman dan pendedahan kepada anggota kesihatan untuk mempraktikkan proses kerja agar tidak kekok apabila mengendalikan program vaksinasi sebenar nanti.

“Simulasi ini penting untuk memastikan kelancaran program imunisasi kebangsaan terutama membabitkan fasa besar iaitu pada Fasa 1 dan 3.

“Dengan kejayaan simulasi hari ini, KKM sudah bersedia untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,” katanya pada sidang media selepas mengikuti simulasi itu.

Menurut Dr Adham PPV ada kategori tertentu dan kategori 1 mempunyai 10 petugas KKM dan 10 lagi bukan petugas KKM.

“Sebuah pusat PPV dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu, pertama seksyen pengesanan gejala dan suhu, Seksyen 2, pendaftaran diikuti Seksyen 3 (konsultasi dan persetujuan), Seksyen 4 (pemberian suntikan), Seksyen 5 (pemerhatian selama 15 hingga 30 minit),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

454
Kongsi :
Previous post Anak pakcik jual buah potong dah jawab
Next post Setiap kementerian berperanan laksana Dasar Perpaduan Negara- Halimah
Ubah saiz-+=