Sorting by

×

355 kotak rokok, 90 botol minuman keras tanpa cukai dirampas

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

DURIAN TUNGGAL 22 Feb – Polis merampas 355 kotak rokok dan 90 botol minuman keras tanpa cukai di sebuah premis pasar mini di sini, kelmarin.

Serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka pada jam 6 petang itu turut menahan seorang lelaki berusia 18 tahun dipercayai penjaga premis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya menyerbu premis berkenaan hasil daripada maklumat dan risikan orang awam.

Antara minuman keras yang dirampas pihak polis.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 355 kotak rokok pelbagai jenama dan 90 botol minuman keras dipercayai dijual secara haram kepada orang awam.

“Berdasarkan penilaian mengikut harga pasaran semasa, keseluruhan rampasan bernilai lebih kurang RM8,700,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, dalam serbuan itu penjaga premis ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Polis sedang mengesan pemilik premis pasar mini itu untuk memberi keterangan.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967, yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM500,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

tamat

Keterangan

– Antara rokok tanpa cukai pelbagai jenama yang dirampas dalam serbuan oleh JSJ IPK Melaka, di sebuah pasar mini, Durian Tunggal Jumaat lalu.
– Minuman keras yang dijual secara haram kepada orang awam turut dirampas dalam serbuan di sebuah pasar mini di Durian Tunggal

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1645
Kongsi :
Previous post Rakyat Malaysia bukan mangsa uji kaji, vaksin terbukti selamat
Next post 660,000 penduduk Melaka bakal terima vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=