Kompleks Niaga Limbongan berwajah baharu

Masa Membaca:49 Saat

LIMBONGAN 22 Feb. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperuntukkan RM94,380 bagi kerja-kerja menaik taraf Kompleks Niaga Limbongan, di sini, baru-baru ini.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, ia melibatkan kerja-kerja mengecat medan selera dengan warna-warna yang ceria, penggantian tangki air serta penyediaan ‘kitchen hood’ gerai.

“Kompleks Niaga ini dibina sejak 2012 bagi memenuhi kriteria gerai bersih dengan persekitaran yang kondusif.

“Kita harap dengan penambahbaikan ini dapat membantu peniaga menjana lebih pendapatan isi rumah,” katanya kepada MHI.

Zainal berkata, bagaimanapun peniaga juga diingatkan supaya sentiasa menjaga infrastruktur dan fasiliti yang disediakan MBMB.

“Ini bagi memastikan segala kemudahan dapat dimanfaatkan bersama ramai masyarakat untuk suatu tempoh yang lebih panjang.

“Kompleks Niaga Limbongan berwajah baharu ini juga dapat dijadikan sebagai mercu tanda dan titik pertemuan bersama keluarga, kenalan dan taulan,” katanya lagi.

Katanya, ia sudah pasti memberi keselesaan kepada para pelancong dalam dan luar negara yang datang ke Melaka selepas ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2557
Kongsi :
Previous post Melaka rekod 331 kes pembakaran terbuka dalam tempoh dua bulan
Next post Guru berisiko tinggi akan diutamakan terima vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=