Calon SPM perlu jaga kesihatan dan berusaha sehabis baik- Sulaiman

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 21 Feb – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di negeri ini yang akan menduduki peperiksaan itu esok, dinasihati sentiasa menjaga kesihatan diri dan berusaha sehabis baik.

Nasihat itu dititipkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Membahasakan dirinya sebagai ‘pak cik’, Sulaiman menyeru rakyat negeri ini sama-sama berdoa dan memberikan sokongan kepada calon SPM agar dapat menjawab soalan dengan tenang selain dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan itu berlangsung.

“Kepada semua anak-anak calon peperiksaan SPM juga kepada calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang bakal menduduki peperiksaan utama, pak cik hendak nasihatkan, jagalah kesihatan sepanjang musim peperiksaan ini.

“Teruskan berusaha sehingga ke titisan perjuangan yang terakhir serta jangan sesekali lupa untuk berdoa kepada Yang Maha Esa. Insya-Allah. Selamat Menduduki Peperiksaan SPM!,” katanya.

Sulaiman berkata, beliau bersama kepimpinan kerajaan negeri turut mendoakan kejayaan cemerlang pelajar SPM yang bakal menjadi pelapis kepimpinan pada masa akan datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1131
Kongsi :
Previous post Calon SPM 2020 kini lebih bersedia untuk duduki peperiksaan
Next post Muhyiddin rakam ucapan selamat maju jaya kepada calon SPM
Ubah saiz-+=