Polis terima dua laporan dakwa menteri ingkar PKP

Masa Membaca:48 Saat

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Polis Daerah Kajang mengesahkan menerima dua laporan polis yang mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kertas enkuiri polis (KEP) sudah dibuka untuk tujuan siasatan awal.

“Buat masa ini hanya rakaman percakapan pengadu sudah diambil berhubung perkara tersebut.

“Keterangan bagi pihak lain akan diambil setelah mendapat arahan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, seorang lelaki berusia 43 tahun membuat laporan polis setelah membaca laman akaun Facebook menteri berkenaan yang dikatakan memuat naik pelbagai aktiviti yang dilakukan sejak dilantik menjadi menteri.

Dalam laporan itu, pengadu mengatakan Zulkifli telah memuat baik pelbagai berita mengenai aktiviti yang dilakukannya tanpa mengamalkan jarak sosial.

Antara dakwaan itu adalah menteri berkenaan menyampaikan sendiri surat pertukaran pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 31 Mac, serta mengadakan mesyuarat tergempar dan mengambil gambar di pejabatnya.

— BERNAMA

Views:

625
Kongsi :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous post Awas! Peralatan elektrik tiada SIRIM, undang padah
Next post Hearing of teenager charged with murder of 23 people in tahfiz fire continues on June 11
Ubah saiz-+=