Sorting by

×

Cemar sungai, syarikat pelupusan sampah dikompaun RM10,000.

Masa Membaca:53 Saat

SUNGAI UDANG: Padah melepaskan air larut resap ke dalam Sungai Ayer Batu di Sungai Udang, di sini hingga mencemarkan sumber air, sebuah syarikat pelupusan sisa pepejal dikompaun RM10,000, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Idris Haron, berkata air larut lesap itu dipercayai mengalir dari tapak pelupusan Sungai Udang hingga mencemarkan sumber air sungai terbabit.

Katanya, air dari Sungai Ayer Batu adalah sumber penting untuk pertanian dan penternakan terutama untuk mengairi sawah padi dan petani dari Paya Rumput dan Bukit Rambai paling teruk terjejas akibat pencemaran yang dikesan pertama kali pada Ogos 2020.

“Petani mengadu mengenai air berwarna kehitaman yang mengalir ke sistem pengairan mereka.

“Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati syarikat terbabit bertanggungjawab terhadap pencemaran itu,” katanya.

Katanya, syarikat itu juga berdepan kompaun maksimum RM125,000, atau RM1,000 sehari untuk kesalahan berulang.

Idris berkata, kompaun itu dikeluarkan mengikut Seksyen 39(a) Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014 berdasarkan siasatan oleh Badan Kawal Selia Air Melaka (BKSA).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

527
Kongsi :
Previous post Azizulhasni, Shah Firdaus kuasai kejohanan trek elit Victoria, Harrif gegar Turki
Next post Lega selamat mendaratkan ‘jutaan harapan’ rakyat
Ubah saiz-+=