Sorting by

×

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dipercepatkan

Masa Membaca:39 Saat

SEPANG: Bekalan vaksin Pfizer-BioNTech yang tiba hari ini akan
dihantar ke 16 lokasi pusat simpanan vaksin seluruh negara,
kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, berikutan penerimaan bekalan itu hari ini,
kerajaan memutuskan mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19
Kebangsaan di seluruh negara dengan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan
vaksin pada Rabu ini.

Katanya, keputusan mempercepatkan program vaksinasi dari 26 Februari ke 24 Februari dibuat selepas melihat persediaan rapi dilaksanakan semua agensi terbabit.

Sementara itu, katanya, pusat simpanan vaksin membabitkan enam
lokasi di Selangor; Johor (empat); Kuala Lumpur (tiga); Pulau
Pinang (dua) dan Putrajaya (satu).

“Vaksin Pfizer-BioNTech dijadual tiba dengan pesawat di Pulau
Pinang pada 6 petang ini,” katanya.

berita lanjut menyusul.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

540
Kongsi :
Previous post Kes video murtadkan wanita dalam siasatan dan tindakan polis- Dr Zulkifli
Next post Polis sedia pasukan pengiring untuk pergerakan vaksin COVID-19
Ubah saiz-+=