Sorting by

×

Perkhidmatan Bot Loncat-Loncat dilancarkan tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

TAMAN REMPAH 19 Feb. – Melaka River Cruise (MRC) bakal memperkenalkan Bot Loncat-Loncat (BLL) atau teksi air tahun ini membabitkan 28 ‘pit-stop’ di sepanjang Sungai Melaka, khusus buat pengunjung dan penduduk tempatan bermula di Taman Rempah sehingga Hotel Casa del Rio.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin berkata, BLL satu alternatif pengangkutan air yang baharu di Melaka.

Katanya, mengikut perancangan perkhidmatan bot itu akan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam sekali gus memberi kemudahan kepada pengunjung di negeri ini.

“Semua ‘pit-stop’ itu melibatkan 14 hentian di fasa satu dan 14 hentian fasa dua, bagaimanapun hanya sembilan hentian di fasa satu akan digunakan dan selebihnya dilaksanakan secara berperingkat.

“Bot ini juga menyasarkan penduduk tempatan yang tinggal di tebing Sungai Melaka yang mana terdapat beberapa hentian (jeti) disediakan berhampiran rumah mereka,” katanya ketika ditemui MHI, hari ini.

Jelasnya, kewujudan bot itu berbeza jika dibandingkan dengan bot sedia ada di MRC.

“Kita sediakan BLL berwarna coklat untuk pengunjung elak kesesakan lalu lintas dengan menggunakan laluan air, manakala ‘River Cruise’ pula untuk pengunjung menikmati pemandangan di sepanjang Sungai Melaka,” katanya.

Murad berkata, bagi fasa dua terdapat enam hentian telah disiapkan dan lapan hentian lagi akan dibina kerana memerlukan proses penambahbaikan.

Dalam pada itu, Murad berkata MRC juga menawarkan beberapa diskaun buat pengunjung dengan memperkenalkan konsep ‘Buy Now Cruise Later’ yang dibuka sehingga akhir tahun ini.

“Kita memberi diskaun-diskaun menarik daripada 10 hingga 30 peratus bergantung kepada jumlah tiket yang dibeli pengunjung,” katanya.

bot loncat 1- BOT Loncat-Loncat (BLL) bakal memudahkan pengunjung dan penduduk tempatan di sepanjang Sungai Melaka.

bot loncat 2- TERDAPAT 28 ‘pit-stop’ disediakan buat pengunjung yang ingin menggunakan perkhidmatan BLL.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1817
Kongsi :
Previous post Sekolah dibuka berperingkat bermula 1 Mac
Next post Bilik khas jamin keselamatan calon SPM bergejala COVID-19
Ubah saiz-+=