Empat juta pengguna domestik dapat bekalan elektrik percuma tiga bulan
PUTRAJAYA 20 Jun – Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik tambahan.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pengguna yang terlibat akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan dalam bil bulan Julai.
“Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun.
“Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April lepas,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
– BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
KAKAK, ADIK MAUT DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KENDERAAN
IPOH, 8 Jan - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di persimpangan lampu isyarat di Jalan...
PESARA TENTERA DIDAKWA CEDERAKAN DUA ANAK TIRI DI KOTA BHARU
KOTA BHARU, 8 Jan - Seorang pesara tentera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas dua...
PENEMUAN OBJEK DISYAKI BOM: POLIS MASIH JALANKAN SIASATAN
SEMPORNA, 8 Jan - Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin...
POLIS JEMPOL MINTA BANTUAN KESAN WARGA EMAS HILANG HAMPIR TIGA BULAN LEPAS
SEREMBAN 7 Januari - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar...
AMARAN HUJAN BERTERUSAN TAHAP WASPADA DI ENAM NEGERI – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR 7 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri...
PEMANDU, KELINDAN MAUT LORI JATUH GAUNG
KUANTAN 7 Januari - Seorang pemandu dan kelindannya maut selepas lori membawa muatan besi dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung...