Sorting by

×

Cubaan sorok anak dalam but gagal, wanita didenda RM1,000 ingkar SOP

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BUTTERWORTH: Demi mengelak ditahan polis kerana membawa lebih dua individu dalam kenderaan, seorang wanita sanggup menyembunyikan anak tirinya di dalam but kereta, petang semalam.

Berita Harian melaporkan, helah wanita berusia 35 tahun itu gagal ketika pemeriksaan polis di sekatan jalan raya di Kilometer 2.4 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) di sini, jam 5 petang semalam.

Ketika disoal, wanita berusia 35 tahun yang memandu kereta Proton Waja itu memberitahu kepada polis mahu ke sebuah pasar raya di Seberang Jaya untuk membeli pakaian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Shafee Abd Samad

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad dalam satu kenyataan dilapor berkata, pemeriksaan awal terdapat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di tempat duduk hadapan penumpang ketika kejadian.

“Curiga melihat keadaan kereta yang nampak mendap, anggota polis bertugas kemudian mengarahkan wanita itu mengalihkan kenderaannya ke bahu jalan sebelum pemeriksaan lanjut menemukan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dalam but kereta berkenaan.

“Polis kemudian mengeluarkan kompaun RM1,000 terhadap wanita itu kerana gagal mengemukakan permit pergerakan merentas daerah dan diarahkan berpatah balik,” katanya.

Terdahulu, viral di media sosial semalam apabila beberapa gambar seorang lelaki yang dipercayai bersembunyi di dalam but kereta untuk merentas daerah.

Views:

295
Kongsi :
Previous post Gambar profil ketua menteri pula dimanipulasi ‘scammer’
Next post Misi besar skuad Hang Tuah
Ubah saiz-+=