Sorting by

×

Gambar profil ketua menteri pula dimanipulasi ‘scammer’

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 18 Feb. – Pejabat Ketua Menteri Melaka kesal dan memandang serius perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menyamar dengan menggunakan nama serta profil Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali bagi memperdaya orang ramai untuk meminjamkan wang.

Sulaiman dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, tindakan pihak terbabit bukan saja boleh mencemarkan nama baik dan imej beliau, bahkan boleh menyebabkan kerugian dan kesusahan kepada pihak yang terpedaya dan menjadi mangsa penipuan.

“Saya meminta agar pihak tidak bertanggungjawab itu segera menghentikan perbuatan yang menyalahi undang-undang ini,” katanya.

Pada masa sama, Sulaiman juga menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai dengan sebarang tindakan penipuan yang menggunakan nama serta profil gambar beliau melalui media sosial.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang termasuk membuat laporan polis jika pihak yang terlibat tidak menghentikan segera perbuatan tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Melalui tangkap layar yang tular itu, individu berkenaan menggunakan nombor telefon 010-3865922 tertera gambar profil Sulaiman yang meminta penerima memindahkan wang RM4,700 ke satu akaun bank.

Semalam MHI melaporkan, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu dan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman tampil membuat laporan polis selepas gambar profil mereka dimanipulasi pada aplikasi WhatsApp individu tidak bertanggungjawab bagi menipu orang ramai.

Gambar profil Zainal diguna pada nombor 011-18989012, manakala profil Shadan untuk nombor telefon 010-7767161 sebelum individu terbabit menghubungi kenalan rapatnya untuk meminjam wang berjumlah RM4,900.

Cm scam 1 – INDIVIDU tidak bertanggungjawab yang cuba menggunakan nama Sulaiman menipu dan memperdaya orang di aplikasi whatsapp.

Views:

1085
Kongsi :
Previous post Polis siasat nombor telefon ‘jual’ nama orang kenamaan
Next post Cubaan sorok anak dalam but gagal, wanita didenda RM1,000 ingkar SOP
Ubah saiz-+=