Koridor M-WEZ sedia lebih 10,000 peluang pekerjaan
AYER KEROH 18 Feb. – Koridor ekonomi Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) yang dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun ini bakal menyediakan lebih 10,000 peluang pekerjaan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, ia termasuklah peluang perniagaan yang disediakan Kerajaan negeri untuk direbut usahawan Negeri Melaka.
“Koridor ini dijangka menjana pelaburan RM100 bilion melalui inisiatif swasta dan awam, meliputi kawasan tambakan pesisir pantai seluas 6.88 hektar sepanjang 22 kilometer dari Umbai ke Tanjung Bruas.
“Di dalam M-WEZ akan ada Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi, Pelabuhan Tanjung Bruas dan International Cruise,” katanya dalam ucapan pelancaran Kursus Keusahawanan Atas Talian dan Kursus Keusahawanan Digital hari ini.
Ujarnya, M-WEZ setanding dengan koridor lain seperti NCER (Wilayah Ekonomi Koridor Utara), IRDA (Wilayah Pembangunan Iskandar), ECER (Wilayah Ekonomi Pantai Timur), SCORE (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak) dan Lembah Wawasan Malaysia dan bakal menjadi pemacu utama.
“Ini sebagai contoh bagi mengembalikan kegemilangan Melaka yang sejarah dahulunya pernah digelar ‘Venice of the East’,” katanya lagi.
Views:
Related
Berita Lain
JETI BAHARU LANCARKAN LAGI OPERASI ECO-CRUISE SUNGAI LINGGI
AYER LIMAU 15 November - Pembinaan sebuah jeti baharu di muara Sungai Linggi, dijangka mampu memperhebatkan lagi aktiviti pelancongan di...
TANDAS AWAM MPHTJ MENANG TOTYA’24
AYER KEROH 15 November - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) merangkul pengiktirafan Toilet of The Year Award 2024 (TOTYA'24)...
NAIKKAN ARAS JALAN ATASI BANJIR KILAT DI LEBUH AYER KEROH
KLEBANG 15 November - Menaikkan aras jalan antara penyelesaian jangka panjang dikenal pasti Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka dalam...
TANDAS AWAM ELEGAN DI WATERFRONT JASIN
JASIN 15 November - Tandas Awam (BMW) Selera Waterfront Bandar Jasin kini berwajah baharu berkonsepkan warna hitam dan keemasan selepas...
MELAKA SEDIA PLATFORM BERGAMBAR UNTUK KENANGAN RXZ MEMBERS
AYER KEROH 15 November - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menyediakan platform bergambar di beberapa lokasi...
UPTOWN PAYA RUMPUT LAIN DARI YANG LAIN
PAYA RUMPUT 15 November - Uptown Paya Rumput yang akan dibangunkan di perkarangan Stadium Hang Jebat akan menampilkan kelainan dengan...