
Siapa menyamar datuk bandar MBMB?
AYER KEROH 17 Feb. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menasihati orang ramai agar tidak terpedaya taktik licik individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Datuk Bandar menerusi aplikasi WhatsApp.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu memaklumkan gambarnya dimanipulasi sebagai gambar profil bagi pengguna nombor telefon 011-18989012 dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa nombor berkenaan miliknya.
Justeru, pihaknya akan membuat laporan polis bagi tujuan siasatan lanjut dan menasihati orang ramai agar berhati-hati sekiranya dihubungi nombor berkenaan.

“Saya telah dikejutkan dengan penularan gambar saya di aplikasi whatsap dengan menggunakan nombor telefon 011-18989012 yang telah meletakkan gambar saya sebagai gambar profil.
“Di sini, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa nombor tersebut milik saya dan laporan polis akan dibuat bagi tujuan siasatan lanjut.
“Sekiranya orang awam ataupun kenalan saya mendapat sebarang bentuk pesanan ringkas melalui nombor tersebut dipohon untuk tampil dan melaporkan kepada pihak berwajib ataupun MBMB bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Views:
Related


Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...