Kluster Teknologi Lot Enam, kluster terbaharu di Melaka
AYER KEROH 15 Feb. – Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan terdapat satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Teknologi Lot Enam.
Kluster tempat kerja ini membabitkan tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah dengan 24 kes positif setakat ini, semuanya membabitkan warga tempatan.
“Seramai 300 orang telah disaring dengan 24 dikesan positif setakat hari ini manakala 170 (negatif)
dan 106 masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu terdapat keseluruhan 23 kluster aktif di negeri ini termasuk empat kluster negeri.
“Mengenai kes harian, terdapat 14 individu disahkan positif membabitkan kes tempatan dan sifar kematian direkodkan.
“Keseluruhannya, 865 kes masih dirawat termasuk 12 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lapan menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...
3 DENAI SUNGAI JADI PUSAT RIADAH BAHARU DI MELAKA
KUALA LINGGI 6 Januari - Sejumlah RM1.5 juta diperuntukkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi pelaksanaan tiga projek Denai Sungai...
LARUT MALAM DI MUZIUM MELAKA SANGAT BERMAKNA
BANDA HILIR 5 Januari - Sudah namanya negeri bersejarah, tentu sekali pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melawat ke muzium-muzium sempena...