
COVID: sasar Rt kurang daripada satu untuk putuskan kes penularan – Dr Noor Hisham
KUALA LUMPUR 15 Feb. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 kepada kurang daripada satu dan kekal pada 0.5 untuk berjaya memutuskan dan membendung kes penularan virus itu di dalam negara.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau hari ini, menunjukkan Rt COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara kurang daripada satu, iaitu pada 0.89 setakat semalam.
Beliau berkata kes harian COVID-19 dan jangkaan kes dari 20 September 2020 sehingga 31 Mei 2021 mengikut unjuran Rt COVID-19 adalah pada 1.1 dan 1.2.
Bagaimanapun, Rt COVID-19 di negara menunjukkan penurunan ketara sejak 31 Januari lalu iaitu daripada 1.16 sehingga 0.88 pada 11 Februari, sebelum meningkat ke 0.92 pada 13 Februari dan menurun semula ke 0.89 semalam.
Setakat semalam, jumlah kumulatif kes di seluruh negara adalah 264,269 dengan kes aktif 49,490, selain tujuh kematian dilaporkan.
Views:
Related


Berita Lain
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...
WARGA EMAS MAUT, RAKAN PATAH PAHA MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA
RIM 22 April - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di...
TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
MERLIMAU 23 April - Tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Jalan Melimau - Jasin, malam...
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...